Thursday, 15 March 2012

Santai Bersama Encik Wawan :)

 Petang-petang bagi student adalah petang bersama komputer (bagi budak student sahaja). Aku saja taip pos ni sebab nk share kat korang web best2 yang boleh membuatkan anda tak boring sehingga menampar muka budak bilik/dorm anda. So, rajin2 la surf and cari maklumat... leh share ngan orang lain kalau tak rasa boring sangat oke?

www.9gag.com

www.mangareader.com

www.blogserius.blogspot.com

www.harianmetroll.blogspot.com

ada banyak lagi..tapi malas nk tulis that's all :D

Saturday, 10 March 2012

Perpindahan Podolski Hanyalah Satu Spekulasi

 Laporan ini dipetik dari soccernet.com yang mengatakan bahawa perpindahan Lukas Podolski adalah satu khabar angin. Ini kerana Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal tidak akan menyatakan sebarang maklumat sekiranya ini adalah perancangannya

"When we sign any player, including Podolski, I will tell you our plans," Wenger said. "But our plan is to keep Robin van Persie even if we buy any player." 


Bila kita ingin menandatangani seseorang pemain, termasuk Podolski, saya akan memaklumkan perancangan kami," balas Wenger. "Akan tetapi, perancangan kami hanyalah untuk mengekalkan Robin Van Persie walaupun jika kami membeli mana-mana pemain." - Sumber ESPN Soccernet.com


Masih belum selesai
 Berita lain termasuklah penafian pengurus Manchester City dalam khabar anginnya, dimana dia ingin menandatangani bintang belanda itu untuk perpindahan musim panas ini. Walaubagaimanapun, Arsenal tetap menyatakan hasrat mereka untuk mengekalkan van Persie di Emirates.

Korang akan rasa tua bila..

teknologi telekomunikasi

muzik

hiburan

iklan makanan

jikalau teringat benda2 ni semua...maknanya anda sudah tua..nahaii

Friday, 9 March 2012

Kenapa aku benci sangat self shot dan pipi kembung?

Aku menulis kerana fakta dan peranan masyarakat terhadap golongan yang melampau sosialnya dengan menjual muka di laman-laman sosial seperti Facebook, Myspace dan lain. Kalau nak self shot pun tak kisah bai, tapi korang jangan la nak tipu fizikal korang tu sampai ketara sangat. Ramai sangat tertipu. Tapi apa pun bila ingat balik basic social internet ni dari zaman MIRC lagi. Tapi takde la ketara sangat sampai sekarang. Melampau nya sosial dalam laman sosial ni bila:

1. Self shot yang tak yakin pada diri sendiri (edit, photoshop or laen)
2. status update kegersangan yang membawa padah pada diri sendiri, lesbo, fake, gay dll
3. Status update yang melibatkan rumah tangga (bini nak terberak pun korang nak update)
4. Status cinta yang melampau lelehnya.
5. Paling aku tak boleh blah skali bila gurl (cute girls dll) update status tentang "aku nak terberak.."
    sampai 45 likers and 300 komen. dafuq?

Kepada adik-adik, abg2, pakcik2 dan lain-lain. Kita sebagai orang melayu yang terikat pada adat dan agama perlu alert la benda2 camni. Aku tengok pun ada yang tua bangka masih nak menggedik macam orang muda. Jika korang ni percaya laman sosial ni dibuat oleh golongan-golongan yahudi untuk memusnahkan peribadi islam, korang patut gunakannya untuk ke arah yang baik. korang tak perlu terikut-ikut dengan rentak budaya orang lain. Kita mempunyai jatidiri dan personaliti kita sebagai orang Melayu yang islam. Apa jadahnya kalau nak jual diri sendiri di Facebook atau Myspace or lain-lain? Kepada adik2 yang noob dalam laman sosial ni aku nasihatkan takyah la nk desperate sangat dengan akaun korang tu. Ade gamaknya korang patuh la pada nasihat ibubapa korang.

 Aku ni bukannya menulis blog mengikut perasaan, hanya benda ni dah lama aku sedari tapi orang lain takde plak nak tegur-tegur pasal ni. Dalam facebook pun aku dah update berkenaan dengan perkara ini. So, better renung-renungkan lah.

 Aku tulis blog ni pasal aku tak makan tengahari lagi. So, nak pegi makan jap.Bye Assalamualaikum WBT.
 
 

Thursday, 8 March 2012

Lukas Podolski Sah ke Arsenal

 Pemain Bintang Jerman dan kelabnya Cologne, Lukas Podolski telah bersetuju berpindah ke Arsenal setelah menghubungi pemain pertahanan Arsenal yang juga merupakan bintang bolasepak jerman, Per Mertasecker minggu lalu tentang perpindahannya ke Arsenal.

Bakal berpindah ke Arsenal dari Cologne dengan yuran perpindahan sebanyak 10.9 juta pound.


 Perpindahan pemain ini menguatkan lagi spekulasi terhadap pemain bintang yang kini menyinar di Emirates, Robin van Persie dalam perpindahannya ke Manchester City dan mengorbankan niat beliau dalam menandatangani kontrak baru bersama kelab pembangunannya, Arsenal. Sebelum ini, RVP telah menyatakan hasrat beliau untuk kekal di Emirates sebagai tanda kesetiaannya kepada pengurus Arsenal Arsene Wenger.

Marouane Chamakh gagal mempamerkan aksi terbaiknya musim ini

Andrey Arshavin dikatakan bermain secara pinjaman di kelab lamanya, Zenith Petersburg.


 Selain itu penyerang Maghribi, Marouane Chamakh dikatakan tidak konsisten sepanjang semusim bersama Arsenal. Penyerang Russia, Andrey Arshavin telah dipinjamkan oleh kelab lamanya dalam usaha mendapatkan semula rentak permainan yang pada musim terdahulunya dianggap sebagai MVP. Arsenal akan menentang Newcastle pada isnin ini dalam pertemuan saingan Liga Inggeris.

p.s: untuk mengetahui berita terkini tentang Arsenal sila lawat laman ini

Para Pengikut

ShareThis