Monday, 21 February 2011

Pengalaman di Langkawi pada 2001-2003 Episode 1

Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah sedikit kupasan pengalaman yang aku nak kongsi dengan korang, korang nak baca ke, xnak baca ke suka ati korang lah.

ROAD TO LANGKAWI 2000
 Masa tu, aku baru masuk tingkatan empat di Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein. Punya la teringin nak masuk Sekolah Teknik masa tu, kira bajet siapa yang masuk sekolah tu, dia la paling power sekali. hahaha..xbleh blah. Masa tu aku kelas sekali dengan Huzaimi, Saiful Adnin, Firdaus Rahman, Muhammad Azwar dan lain-lain lagi lah. Bila dah dapat result application sekolah tu...apa lagi melompat la aku..tu belum bukak dan baca semua surat. Baru dapat surat dah melalak macam orang kena sawan.hahaha sabaq ja la wan..budak-budak.
 Bila start la hari nak pergi ke Langkawi tu. Hanya aku lihat abang, Rizal Ismara dengan mak aku sahaja yang mengiringku ke Langkawi dalam proses nak hantar ke sekolah baru aku itu. Where is my father?haha...lupakan sahaja. Time tu murah beb tiket ke Langkawi, RM8 je beb untuk budak sekolah.
 Bila masa aku nak berhenti di Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein, punya lah susah sebab nak uruskan surat berhenti sekolah, nak packing barang-barang nak ke sana. Kawan-kawan aku masa tu suruh aku untuk stay kat sekolah lama saja..tapi, impian aku ni nak jadi jurutera..so i'll chose the best.

ON THE ROAD OF LANGKAWI 2001
 Pertama kali datang langkawi, jejak kaki kat Pulau Langkawi, punya jakun pelik la. Semua tempat aku nak jejak termasuklah tempat-tempat istimewa di Langkawi iaitu, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Underwater World, Kilang Kaca dan banyak lagi. Hanya 3 jam masa untuk dihabiskan untuk mengelilingi Langkawi, tempoh masa paling singkat untuk aku beriadah dan menghabiskan masa cuti aku.
 Masuk sahaja Jalan Padang Gaung, aku dah nampak masa depan aku kat situ. Wah! gembira sakan siot? Nampak lambang ni sahaja aku dah bersemangat bagai Harimau Muda.

Logo Sekolah Menengah Teknik Langkawi


Status
-Sekolah untuk pelajar tahap average (sederhana)
-Boleh dikatakan sebagai sekolah old-skool walaupun baru diperkenalkan pada 90-an
-Boleh rujuk http://www.smtekniklangkawi.edu.my/main/index.php/pibg



 First hotspot in Langkawi
Nampak serabut tapi walaweh!

 Ni nama dia Nasi Ayam Pak Ya, memang ter-top la dalam langkawi. Kedai dia macam kedai orang lain juga, biasa tapi inilah pertama kali aku rasa kicap dia manis. Terliur kan?kalau datang ke Langkawi tu datang-datanglah cari kedai ni





Langkawi Fair
 Tempat membeli-belah eksklusif pertama di Langkawi, Langkawi Fair. Tak lah beria sangat dia punya mall, cuma ada KFC, KENNY RODGERS dan Food Court dia saja yang best.







tak banyak sangat tempat yang aku singgah kerana kesuntukan masa, masa itu cuma stay kat Hotel Lagenda saja sebab antara hotel paling murah rasanya kat Langkawi ni.

GREAT 1ST DAY AT SMTPL
 Time ni baru nak daftar kat sekolah. Aku bermula dengan langkah kekok dan tidak bersemangat melangkah masuk ke dalam sekolah ini (semalam bukan main beria lagi). 1st kawan yang mak aku kenalkan masa tu tak silap aku, Ruwaidah. Anak member mak aku rupanya.. baekk gak lah.. tapi masa umur 16 tak pandai sangat bercinta, setakat kawan-kawan boleh la.
 Masuk Asrama?hahaha..time ni dah mula rasa pelik lain macam, tengok warden pula macam Jason King (maaf ya Cikgu Azizi). Dah goyang dah time tu.. Mak aku pun da pesan macam-macam dah. Dipendekkan cerita, bermulalah aku dekat SMTPL ni...

SMTPL 2001-2002
Nurul Fatiha Che Jamin


 Aku nak share dengan korang member-member sekelas yang cambest
masa tu. Antaranya :
1. Nurul Fatiha Abd Hamid@Che Jamin
-dia ni paling comel lah dalam kelas aku dan paling expendables dan tidak hot. Tapi dia ni saja la yang usaha tolong aku dari segi akademik.

p/s : Selamat bertunang ya Tiha?hehe..



Mista Fahul Wutang Clan..haha

2. Mohd Fadhullah
- Diantara rakan-rakan merapu aku kat asrama. Aku tetap categorisekan dia ni selaku pelawak menganjing terbaik.
- Dia ni jugak rakan dota aku sehingga kini walaupun tengah sambung master tapi masik jugak pelik dan menganjing.



p/s: aku triple kill nanti..haha



3. Fadliyatun Fadzin
Fadliyatun@Falia (kanan)
- Dia ni kira macam bercintan-cintun tak jadi la. Tapi, tak bercinta pun..lebih merumuskan hubungan sahabat bijak cendana.
- Dia ni juga lah yang usaha untuk motivate kan diri aku kat sana (dulu aku ni serabut hampeh)
- Dia ni juga budak katering woiii..haha
- Status: dah menikah

p/s: thanks for being my friend, friends forever.






Nasrul Hafidz@ Dato'
4. Mohd Nasrul Hafidz
- Haa..ini dia rakan info sukan aku yang terbaik setakat ini, walaupun asyik dibahan setiap hari.. Namun dialah yang menjadi pembakar semangat aku untuk meneruskan hidup di SMTPL. kelas aku dengan kelas dia sebelah-sebelah saja, tapi muafakat tu ada.
- Dia ni boleh dikatakan sebagai atlet serba boleh. Semua benda dia boleh main, termasuk lah gasing.


p/s: friends is always friends it's never been forgotten




Mat Naka
5. Mat Naka@ nama sebenarnya Muhammad (bantai..)
- Ini adalah antara Rakan Surau terbaik di SMTPL
- Sumber pendorong aku kearah jalan yang benar.
- Bersifat lembut dan pemaaf.
- Rileks dan selamba
- Imam Muda ni

p/s: ambo sajo ja info, guane pon time kasih lah :)

Itu sahajalah info yang aku boleh share setakat ini. Tunggu episod-2 pulak..hahaha

Terima kasih kerana sudi baca

No comments:

Post a Comment

Para Pengikut

ShareThis