Thursday, 8 March 2012

Lukas Podolski Sah ke Arsenal

 Pemain Bintang Jerman dan kelabnya Cologne, Lukas Podolski telah bersetuju berpindah ke Arsenal setelah menghubungi pemain pertahanan Arsenal yang juga merupakan bintang bolasepak jerman, Per Mertasecker minggu lalu tentang perpindahannya ke Arsenal.

Bakal berpindah ke Arsenal dari Cologne dengan yuran perpindahan sebanyak 10.9 juta pound.


 Perpindahan pemain ini menguatkan lagi spekulasi terhadap pemain bintang yang kini menyinar di Emirates, Robin van Persie dalam perpindahannya ke Manchester City dan mengorbankan niat beliau dalam menandatangani kontrak baru bersama kelab pembangunannya, Arsenal. Sebelum ini, RVP telah menyatakan hasrat beliau untuk kekal di Emirates sebagai tanda kesetiaannya kepada pengurus Arsenal Arsene Wenger.

Marouane Chamakh gagal mempamerkan aksi terbaiknya musim ini

Andrey Arshavin dikatakan bermain secara pinjaman di kelab lamanya, Zenith Petersburg.


 Selain itu penyerang Maghribi, Marouane Chamakh dikatakan tidak konsisten sepanjang semusim bersama Arsenal. Penyerang Russia, Andrey Arshavin telah dipinjamkan oleh kelab lamanya dalam usaha mendapatkan semula rentak permainan yang pada musim terdahulunya dianggap sebagai MVP. Arsenal akan menentang Newcastle pada isnin ini dalam pertemuan saingan Liga Inggeris.

p.s: untuk mengetahui berita terkini tentang Arsenal sila lawat laman ini

No comments:

Post a Comment

Para Pengikut

ShareThis