Isu: Sukan mula-mula
Pada tahun 1990, saya membesar selaku seorang budak yang terlampau hyperaktif dan ianya memberi sedikit inspirasi dalam idea penulisan blog. Ini adalah isu yang ingin saya kupaskan serta kongsikan bersama rakan-rakan sebaya saya dan juga lain-lain.
Saya membesar di Selama, Perak yakni daerah yang mungkin semua orang tidak tahu kewujudannya. Pada 1990, saya diajar oleh kakak saya, Iliana Ismara Binti Ismail untuk bersosial dengan sihat...Pada masa itu, hanya permainan sorok-sorok dipertandingkan dengan bilangan ahli yang kurang. Permainan sorok-sorok atau dikenali hide and seek ini adalah permainan yang mencabar kesabaran dalam mencari ahli pemain yang bersembunyi dibalik-balik semak dan ianya amat seronok dan sihat.
Setelah itu, Abang saya Rizal Ismara Bin Ismail adalah seorang yang inovatif dan kreatif dalam mencipta permainan dalam hidupnya.. saya diajar bagaimana untuk membuat gasing dan bermainnya. Permainan ini memerlukan pemikiran dan strategi.
Anda masih ingatkan permainan tuju tin/kasut?
Permainan ini saya anggap sebagai top-ten dalam list sukan saya, dimana permainan ini memerlukan strategi dan kepantasan serta kecekapan dalam memenangi permainan itu.
Dengan kawasan yang keluasannya terhad, ia boleh mencetuskan keseronokan yang kekal dan melatih jiwa untuk bekerja dalam pasukan. Permainan ini tidak susah, hanya perlu menyusun selipar seperti tripod dan seorang ahli mesti melempar selipar atau bola untuk menjatuhkan tripod tersebut. Semasa membaling selipar ke arah tripod, ketepatan dan kecekapan juga penting kerana setelah menjatuhkan tripod tersebut, pemain perlu pantas untuk melarikan diri dari terkena balingan bola atau selipar.
Kelengkapan:
1. Selipar (Tripod)
2. Selipar lembut atau Bola (que)
3. 6-8 orang pemain (2 kumpulan)
4. Kawasan dengan keluasan yang dihadkan (undang-undang)
Prosedur/Undang-undang:
1. selipar disusun secara tripod
2. seorang penjaga (lawan) perlu menjaga kawasan tripod tersebut.
3. seorang pemain perlu membaling bola ke-arah tripod tersebut.
4. apabila tripod dijatuhkan, penjaga(lawan) perlu melemparkan selipar ke arah pihak lawan.
**sesiapa yang tersentuh dengan selipar yang dibaling, maka ianya disqualified.
5. pihak yang menjatuhkan tripod perlu menyusun semula tripod tersebut.
**tripod yang berjaya disusun akan dikira sebagai MENANG dan kumpulan tersebut boleh memulakan prosedur no.1 semula.
Kebaikan
1. bersukan secara sihat.
2. mengeratkan perhubungan sosial.
3. kos murah
Keburukan
1. boleh menyebabkan kecederaan (tidak serius)
Bagi saya ini adalah sukan yang murah dan biasanya dimainkan pada 1990-an dan ianya tidak diamalkan lagi buat masa sekarang ini. Ini sememang nya recommended :)
Pada 1998.
Sukan Bola sepak dikatakan sudah memuncak diketika ini, Perak adalah juara Piala Malaysia pada 1998 dimana mereka menewaskan Terengganu di Stadium Bukit Jalil dan Perancis berjaya melakar sejarah sebagai Juara Piala Dunia setelah menundukkan Brazil di Perancis.
Pada 2000
Bola Keranjang (basketball), akibat membaca komik Slamdunk secara berlebihan, ini yang berlaku kepada saya...
Pada 2001-2004
Bermain bolasepak dan Bola keranjang kerana mewakili sekolah :D
Pada 2005-2011
Futsal, aktiviti sukan yang masih diamalkan oleh saya, Alhamdulillah :)
itulah zaman-zaman bersukan Rizwan Ismara Bin Ismail