Monday, 7 March 2011

Penentuan malam rabu!

Barcelona vs arsenal
Live Nou-camp (7 March 2011)
Bintang untuk dilihat cesc fabregas atau lionel messi?

 Dijangka sengit, itu pendapat saya bahawa perlawanan pada malam nanti akan dijangka sengit. Para penyokong arsenal dirasakan bagai dirasuk hantu setelah arsenal berjaya mengatasi pasukan gergasi sepanyol di Emirates, minggu lalu. Arsene wenger dijangkakan akan menurunkan skuad terbaiknya tanpa Alex song, jack wilshere dan robin van persie. tetapi, arsene wenger menaruhkan 100% kepercayaan beliau terhadap kapten arsenal, Cesc Fabregas dalam menempuhi misi menamatkan kemarau kejuaraan.

 Pep guardiola (pengurus barcelona) dikatakan gusar kerana pemain pertahanannya gerard pique (suspended) dan carles puyol (cedera) lantas mengkucar-kacirkan percaturan guardiola. Disamping itu, guardiola menaruh sepenuh harapan kepada ayam tambatan mereka, Lionel Messi dalam usaha untuk mengekang kemaraan arsenal dan mencapai hasrat untuk mengecapi piala yang paling berprestij ini. Alves juga berpendapat bahawa messi dapat meledak 5 gol di Nou camp awal pagi ini dan alves juga dikatakan bersemangat untuk mengekang kemaraan kelab utara london itu.

 jangan terlepas aksi liga-liga juara eropah peringkat ke-2 yang akan berlangsung di Nou Camp, barcelona malam ini


No comments:

Post a Comment

Para Pengikut

ShareThis