Friday, 19 July 2013

Kawan, Cinta dan Facebook

Hairi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian bingkas membuka laptopnya dengan harapan sahabatnya Lina, kawan sekelasnya dulu online di facebook. Tatkala online, hairi mendengus apabila Lina berada dalam keadaan idle. 

"Ish lina ni..aku online je die boleh idle plak" rajuk si hairi. Hairi sebenarnya menaruh harapan pada si Lina agar dapat mempercepatkan harapan menamatkan era bujang senangnya. Hairi masih lagi menuntut di universiti awam di malaysia salam bidang kejuruteraan dan manakala si Lina penuntut sarjana muda perniagaan juga di universiti awam, tetapi mereka berjauhan. Hairi mengenali Lina sejak di bangku sekolah lagi, perbezaan umur mereka tidak lah begitu ketara kerana cinta tidak mengenal umur. Hairi sudah berberapa kali gagal dalam percintaan, bukannya pilih kasih akan tetapi sikap hairi yg suka leka dengan permainan komputernya online nya. Walaupun kerap bermain permainan komputer, hairi juga sentiasa tidak lupa menelaah pelajarannya kerana tidak mahu mensia-siakan faktor umurnya yg lewat dibandingkan dengan rakan-rakan sekelasnya. 

"Ah, dah pukul berapa dah ni?aku lapar la ijan" dengus hairi.

"Mu nok make gapo?kwe puah lapa doh ni. Derap g make boh" jawap ijan yg juga rakan serumah hairi.

Hairi bingkas bangun dan menutup laptopnya dan segera mandia serta bersiap-siap untuk makan. "Oi kome tak masak ke?lauk dalam peti ais tu banyak lg" sampuk Nazir. Setelah bersiap, hairi menghidupkan enjin kancilnya lalu semua rakan-rakan rumahnya serta masuk ke dalam kereta dengan keadaan yang gelojoh. Lapar agaknya tu.

Dalam perjalanan mereka ke kedai makan,
"Hari ni boh kwe dok nunggu gwe x online pulop, srabut palo etek?, dengus hairi.
"Gapo plak terr, ilek la boh..kawe xdop gewe buleh rilek g boh" perli ijan.
Ijan juga mengetahui perasaan si hairi yang rakannya itu mahu cepat menamatkan era bujang terlajaknya secepat mungkin.
"Kito bab jodoh ni dopleh ragah sgt boh..kno rilek etek.., mu da declare ko kapel ko gapo ko nge dio?" Ijan cuba menasihati hairi.
"Kwe dop declare gapo lah. Cumo kwe oyak ko dio klu buleh nk wat bini boh..mls kwe nk kapel kapel ni. Bue maso..saim sudoh" Rajuk si hairi. "Eh hairi, ko xde ke ati kat bebudak u kat cni, byk kot yang cun cun?mude lg kot?yg rapat2 pun ade lg" seloroh si nazir.

"Ahh..itu semua budak-budak..mane la diorg nk org bujang terlajak mcm aku..rambut pun da makin sikit" jawab hairi

Sementelah itu, mereka pun sampai ke kedai makan yang ingin dituju tersebut. "Wah penuh siaaa..nk mkn camne ni?" Jerit si nazir. "Alah, rilek laa..kan Sofi ade kt ctu..lepak meja die skali pun boleh kan?die ngn awek die je pun" pujuk Hairi. Lalu hairi bertepuk bahu si sofi, rakan sefakulti dengannya. 

"Hai sofi, bdue je ke? Mane mmber ko yg lain" tegur hairi

"Hahaha semue tido bang, mne nk bangun dari kubur lg", sofi berseloroh.

Setelah memesan makanan dan selesai makan, hairi mencapai rokok john 20" nya yang masih berbaki 4 batang. Di bakar  hujung rokok tersebut dan disedut asapnya sambil menghembus dengan wajah kepuasan. Sofi yang tidak merokok mendengus batuk sambil mengibas tangannya bagi mengelak terkena asap rokok hairi tersebut. "Ala rilek la sofi..aku dlu cam ko gak" pujuk hairi. "Takde la asap ko byk sgt , pening pale bhai". Rajuk sofi. Hairi pun memaling sambil menghembuskan asap ke haluan lain. Meja tersebut girang dengan gelak tawa si ijan dan nazir. Hairi juga pandai membuat lawak, setiap kali membuka mulut pasti suasana gelak tawa yang kuat tercipta. Hairi juga disenangi di kalangan kawan-kawannya, cuma hairi ni baran tak tentu masa tambah tambah apabila bermain permainan komputer..ada saja nk dihempasnya. Sementelah selesai semuanya, 4 sahabat ini bangun dan ke kaunter untuk membayar. Setelah bayar mereka pun menuju ke kereta masing-masing.

"Sofi, ajak la bdk kelas ko main futsal nanti..syok ar maen ngn dorg" hairi cuba memujuk rakannya itu.

"Tengok lah dulu. Lepas test boleh kot..korg tu..study elok-elok" perli si sofi

Hairi terus menghidupkan keretanya lalu mereka pulang ke rumah dengan keadaan puas hati akibat kekenyangan makan bakso kegemaran yang juga terkenal di daerah itu. Tiba-tiba telefon bimbit hairi bergetar. Mesej dari facebook yang juga mesej dari lina.

"Hairi, kat mane?" Balas pendek si lina

"Hairi baru balik makan bakso ni ha." Balas hairi

"Hairi, boleh temankan lina x malam ni?lina nk study laa..besok test" pesan lina.

"Haa boleh je, hairi x buat ape pun mlm ni, assignment setel dah" jawab hairi bersahaja.

"Lina, hairi nak tanya pasal haritu ni" tanya hairi

Kemudian keadaan lengang, tiada balasan mesej selepas itu. Muka hairi tampak hampa, bukannya nak ajak buat benda tak elok tapi niat nak mendirikan masjid. Hairi juga telah menyatakan hasrat itu kepada lina, tetapi lina hanya memberi respon yang tidak meyakini hati hairi yang dia betul-betul menerima keputusan hairi tersebut. Setelah sampai di rumah, hairi cepat-cepat membuka aplikasi facebook di telefon bimbitnya memperbaharui status wallnya. Hairi juga jiwang walaupun sering mendengar lagu metal dan juga grunge. Tetapi, otak hairi lebih kearah kanan kerana dia sering saja tersentuh bukan sahaja bersama rakan tetapi sesama keluarganya begitu. Tetapi hairi tidak pernah menunjukkan muka kecewa atau bermasam dihadapan rakan-rakannya khuatir diperli dan dikutuk oleh rakan-rakan sekelasnya itu.

8.45 p.m

Mesej dari lina masuk.

"Hairi, sorry ar...lina tido tadi". Balas lina

Hairi sudah mengagak jawapan tersebut maka dibalas dengan
"Aah, tahu da pun.kalau penat rehat la dlu..kang nk study" balas hairi

"Dah solat ke?" Tanya hairi

Suasana lengang semula, lina mula berhenti membalas pertanyaan hairi. Hairi mengetap mulut kegeraman kerana tiba-tiba sahaja kawan perempuannya itu senyap dan tidak membalas pertanyaan dia. "Mujur lah jauh, kalau dekat..aku sound dah" rungut si hairi. Besok, kelas bermula pukul petang dan sahabat serumah hairi membuat kerja masing-masing, ada yang menonggeng online dan ada yang bermain game dan ada yang sedang menyiapkan tugasan kursusnya. Hairi menggaru tengkuknya yang gatal sambil memerhati gelagat rakan-rakan rumahnya itu sambil membawa keluar gitar eletrik usangnya itu ke ruang tamu. Hairi juga berbakat dalam musik, dia lebih menyukai musik bergenre rock dari eletronik trance yang nyata tidak realistik dan mengarut. Setelah berberapa lagu dimainkan, barulah segar semula muka si hairi. Hatinya lega dari memikirkan masalah kawan perempuannya itu. Setelah puas memetik gitar usangnya. Hairi mula masuk ke biliknya sambil memasang ubat nyamuk dan setelah itu, hairi melompat ke arah tilam tinggalan arwah datuknya itu dan bingkas membelek telefon bimbitnya. 

"Boh.. Awa deh?. Dop main futsal ko?" Memanjang tengkuk si ijan menegur hairi

"Ahh, nanti2 la main, kaki aku kena tackle ngn si shaziq pun x elok lagi" rungut hairi

Hairi menyambung aktivitinya bergolek di atas tilam bg mendapatkan mood tidur walaupun mata masih tidak mengantuk. Tiba-tiba telefonnya berdering, terpapar nama lina..deras si hairi menjawab. Hatinya sudah girang.

"Hairi, watpe?" 

"Takde buat ape pun, dah mkn ke?"

"Makan dah, lina masak arini."

"Wahh masak eh?nt share"

"Aah.nt org share dlm whatsapp"

"Hairi, ermmm ada benda nk ckp ni"

-bersambung-.....

Para Pengikut

ShareThis