Friday, 17 June 2011

Pandangan seorang indian terhadap RM1.8m FB..

dipetik dari Amenoworld



Dia neh ketua bagi KDRS India. KDRS india neh sebuah firma perniagaan yang mana membantu perkara2 yg kaitan dengan facebook page india. So ini memang kepakaran dia. Point penting yang aku translate ke dalam bahasa melayu ;

Dia bagi nilai dalam US, aku rasa dia convert kot. Aku guna nilai rm1.8juta ye. 

1. rm1.8 juta membuat 6 kempen fb tidak masuk akal.

2. Aplikasi permainan citrawarna yang ber kos rm300k adalah tidak sepadan dengan nilai nya kerana games tersebut agak mudah di buat.

3. Pembayaran wang kepada syarikat tersebut utk membina aplikasi ini adalah sangat tidak konsisten dengan nilainya.

4. Apa yang penting, berdasarkan kepada kenyataan menteri itu sendiri, kita lihat bahawa kos tersebut tidak termasuk untuk pengurusan kempen, pemantauan, iklan fb, penambahan fan baru melalui fb ataupun google. Bagi saya jika anda katakan ia bernilai rm273,+++.++ untuk 6 kempen fb adalah lebih masuk akal. Ini termasuk untuk pembangunan 6 aplikasi dan baki selebihnya digunakan untuk pemasaran [membeli iklan] bagi mempopularkan product dan keterlibatan orang ramai.

5. Mekanisme asas dalam fb juga tidak digunakan di mana sesiapa boleh main game tersebut tanpa perlu LIKE page. Sedangkan ini adalah mekanisme asas dalam pengiklanan di fb. Ada leaderboard mikro tetapi tiada leaderboard global.

6. Game yang tidak mesra pengguna. Tiada apa2 hubungan dengan rakan2 fb yang turut sama main game tersebut. Tiada daya penarik. Score yang susah. Tidak boleh kongsi markah di wall masing2. Tidak boleh jemput rakan2 main game. Pendek kata kalau korang tgk sini korang akan faham apa yang aku maksudkan.

Kesimpulan nya? Kerajaan bodoh piang baru sahaja memalukan kita di mata dunia. Artikel asal di petik dari sini.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1PaMzzZIL

Friday, 10 June 2011

Disebalik Laman Web 1pengguna

Dipetik dari Amenoworld
Pembongkaran kes website bernilai rm1.4juta diteruskan oleh aku dengan penuh minat. Bak kata2 aku kepada bapak si dafi hari tue menerusi chatting ;

( 08.06.2011 6:27 PM) AmenoWorld: Datuk saya prtikaikan dengan hebat website neh brnilai rm1.4juta.. nenek seblah rumah saya pun gelak datok

Bukan sekadar berkata2, malahan aku buktikan ia dengan perbuatan. Pasal aku seriyus bhai tak puas ahti. Tak mungkin portal bodoh tue bernilai rm1.4juta. Pusing kot mana pun aku tak nampak yang portal tue ada harga rm1.4juta. Korang sekarang tengok bawah dulu ;

Siapakah di sebaliknya SANDs neh?

  • 4 listed directors and their respective ownership are:
    • Shahrizal bin Muhammad Kasim (20%)
    • Shahrul Sazli bin Shaharir (20%)
    • Luqman Hakim bin Mohd Nor (25%)
    • Shahjuhan Bin Samsuri (35%)

Apa kaitan mereka dengan ismail sabri ataupun kerajaan? Ntah taktahu aku.  Mesti ada kaitan ke? Ataupun aku belum jumpa? Nama mereka aku dapat dari sini.

Aku terai google pasal pasir neh. Hasil googling aku dapati takde info pun pasal dorang melainkan benda alah neh. ===> klik sini.

Bagi aku sebuah syarikat IT patut ada website sendiri. Tapi syarikat tue takde website pun. IT apa nya? IT haramjadah ka? Ke spesis kroni lagi? Tapi tuduh takmo lah. Pasal takde bukti. Cuma kalau syarikat neh jenis "hidup" mestilah syarikat neh aktif kan maklumat dan projek2 yang dorang pernah dapat dalam website in order untuk displaykan "karya" dorang kat public. Dalam ertikata lain untuk "show off" project yang dorang pernah dapat hasil kecekapan dorang buat kerja.

Hasil pemahaman aku menerusi keratan printscreen kat atas neh ialah ;

1. Syarikat pasir neh dapat projek hampir 1.5juta bhai.

2. Syarikat pasir neh mempunyai kontrak setahun atas nama tender neh. Fuhh setahun rm1.5juta? Ini bukan masyukk lagi bhaii.. patutlah ada pengkomen yang pro website neh. Bukan aku nak suspect tp aku memang kaki suspect. Almaklum lah kaki CSI bhai. Sedikit sebanyak aku syak orang2 pasir yang bagi komen untuk bela syarikat pasir. Heh.

3. Bagi pandangan aku banyak lagi syarikat bumiputera yang berkelayakan boleh dapat projek neh. Maybe takde link dengan kerajaan kot. <-- persepsi jahat aku weh.. jangan ikut naaa.. Ha Ha Ha..

4. Tapi aku heran gak. Apa peranan cyberjaya kalau untuk develope website pun dorang gagal? Ye tak? Patutnya projek macam neh bagi kakitangan kerajaan handdle je lah. Punyalah banyak pakar dalam kerajaan.. takan takde yang pandai issue kan hal neh [Idea yang ditiru dari seorang pengkomen aku]. Tue MIMOS tue apa citer yer? Kerajaan ka swasta?




Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/06/kenali-latarbelakang-pembangun-portal.html#ixzz1OwJ1CFcX

Thursday, 9 June 2011

Nak Buat Ads Churp-Churp di blog anda?

Di ambil dari Amenoworld

1. Kalau korang dah ada column untuk iklan kecik-kecik cam belog aku neh [tengok side bar kiri] apa yang korang perlu buat ialah edit je ruangan link dan gambar dalam tue. Bukan seme orang tahu cara dia especially yang baru belajar berblog. Aku dulu pecah 1,000 laptop nak belajar benda alah neh. Tue pun jenis berlagak men pandai-pandai sendiri je. Heh. Tapi korang yang newbie takyah wisau. Aku leh ajar. Caranya dia pun senang. Mula-mula pergi

design - edit html - expand widget - tekan control + f [utk memudahkan pencarian] - masukkan keyword ads - cari lah sampai korang jumpa dia tulis macam neh ;

banner code 1 [selalunya gini ataupun lebih kurang lah ] tengok contoh bawah ;


so just tukar [ganti] link dalam tue. Link gambar banner tue senang je nak dapat. Tengok contoh kat bawah neh ;



Lepas tue masukkan link promotion korang. Jangan lupa masukkan dua link. Satu link gambar dan satu link promotion korang. Kalau tak nanti lepas klik gambar, pergi ke arah lain pula jadinya.

Okey itu bagi yang dah ada tempat masukkan iklan. Bagaimana pula yang takde? Camne nak buat?? Hah yang neh ada macam-macam stail aku tengok. 

1. Cara paling mudah buat link. Korang letak link tersebut kat atas ataupun bawah post. Kalau sesiapa berminat dengan product tersebut, dorang akan klik. 

2. Cara kedua ialah letak link + banner [gambar] dalam entry korang. Cara neh aku dapat kat sini. Memang mudah [ayat berlagak] dan aku pun akan buat nanti.

3. Selain dari cara di atas, ada cara lain lagi nak letak iklan cc kat belog. Cara neh pun dia adaptasikan dari cara di atas. Cuma ada teknik yang berbeza sket. Saja aku share sini supaya pembaca ada banyak pilihan.

4. Cara ke4 ialah create banner sendiri. Gunakan aje gambar dalam kempen dashboard cc tadi. Lepas tue masukkan beberapa perkataan blink-blink supaya orang tertarik nak click. Buat banner guna photoscape. Cara dia teratur dan simple [mudah belajar tak rumit]. Lepas siap banner tue bolehlah korang letak iklan tue kat memana gunakan platform add a gadget. Tapi aku tak master lagi upload banner kat website. Banner aku dah buat dua tiga kali tapi nak upload kat internet aku fail! Dia keluar gambar tapi tak blink-blink cam website lain buat.. apsal? Entah.. kalau korang pandai, share sini.

Sebetulnya ada macam2 cara lagi. Bagi mereka yang pandai men code2 neh mmg leh wat cam2 cara utk tampal iklan cc kat dalam belog.. ada satu belog tue aku tengok iklan cc mengikut belog.. kalau kita scroll bawah.. dia follow.. kalau kita scroll atas pun dia follow.. tapi tue lah belog tersebut tak ajar plak cara2 nak wat.. huhu

Neway semoga enjoylah menjana pendapatan melalui cc dalam belog korang.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/02/tutorial-cara-pasang-iklan-churp-churp.html#ixzz1OlAHzP7H

Monday, 6 June 2011

Nasri Di United? O.O.G!

Nasri ke United?What a Lamb...Mungkinkah?
Merujuk kepada http://soccernet.espn.go.com/team/_/id/359?cc=4716, Nasri hanya mungkin untuk tidak menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal untuk musim hadapan. Tetapi, spekulasi mengatakan bahawa Nasri berkemungkinan akan menyertai Manchester United dalam saingan liga pada musim akan datang. Persoalannya kini, ianya mungkin dan tidak semestinya akan menyertai. Merujuk kepada Arsene Wenger dalam artikel di Soccernet.com, Beliau Mungkin tidak akan melepaskan dua bintang mudanya iaitu Cesc Fabregas dan Samir Nasri , ini kerana beliau yakin kedua-dua pemain ini akan memberikan yang terbaik pada musim yang akan datang, dan Arsene Wenger mengekalkan pemain penyerangnya Andrey Arshavin dalam usaha untuk membuktikan mereka ini bukannya pemain yang teruk dan mereka ini berbakat dalam permainan bola sepak. Arsene Wenger juga mengeluarkan hasrat untuk mendapatkan pemain-pemain yang tinggi untuk mengisi kekosongan andainya pemain-pemain Arsenal ini berpindah

Pelepasan Denilson Parreira Neves adalah yang terbaik

Denilson bercadang untuk berpindah bagi menempatkannya sebagai
pemain kesebelasan utama.
Mengenai hasrat pemain muda Arsenal, Denilson untuk berpindah bagi musim hadapan adalah jalan yang terbaik bagi beliau kerana gagal menyerlah dan sering mengisi bangku simpanan ketika Arsenal gagal mengutip sebarang piala pada musim 2010-2011. Denilson adalah salah seorang pemain muda yang boleh dianggap berskill dan merupakan perancang baik bersama-sama Cesc Fabregas. Setelah kemunculan Jack Wilshere, pemain muda berbakat yang memaksa Arsene Wenger merehatkan Denilson untuk berada lebih kerap dibangku simpanan. Sehingga kini masih tidak ada sebarang tawaran yang dikeluarkan dari kelab-kelab untuk mendapatkan Denilson.

Sumber: http://www.soccernet.com

Para Pengikut

ShareThis