Thursday, 19 May 2011

Cesc Kekal? - Arsene Wenger

Perpindahan ke Barcelona menjadi topik yang sangat hangat
dalam episod perpindahan musim panas nanti.
 Arsene Wenger mencadangkan bahawa Cesc Fabregas kekal di Emirates kerana mungkin sumbangan besar akan disumbangnya pada musim hadapan kelak.

 Khabar angin mengatakan bahawa Cesc akan dilamar oleh tiga kelab besar iaitu Real Madrid, Barcelona dan Manchester City. Harga pemain itu sekarang mencecah €38 juta (RM130 juta) setelah perjanjian dengan Barcelona telah dimeterai (mengikut khabar angin).

 Peminat Arsenal ternyata berang akan kebolehan dan mind-game yang diamalkan oleh Wenger sejak kekalahan mereka terakhir di Emirates nyata menenggelamkan semangat pemain-pemain lain dalam meneruskan kempen Barclays Premier League.

No comments:

Post a Comment

Para Pengikut

ShareThis