Wednesday, 23 February 2011

Gelombang Kemenangan Berterusan Malaysia

Keputusan Perlawanan Persaingan Kelayakan Olimpik


Malaysia 2-0 Pakistan
Stadium Shah Alam, Selangor

Isu : Kebangkitan Malaysia Di Arena Bola Sepak Menjadi Inspirasi?


 Kemenangan berterusan buat pasukan Malaysia buat kali ke-3, Pasukan Harimau Malaya yang selama ini dipandang rendah oleh rata-rata rakyat Malaysia dan juga luar telah dipatahkan serta-merta oleh kebangkitan mereka setelah mencatat kejayaan selaku juara Piala AFF Suzuki tempoh lalu memberi impak dan menarik semula minat penyokong-penyokong tanah air selaku rakyat Malaysia untuk memberi inspirasi kepada pasukan Harimau Malaya ini. Gol Malaysia disumbangkan oleh Wan Zaharul ('4) dan Irfan Fazail ('46)

Namun, saya melihat gelombang kemenangan berterusan pasukan Harimau Malaya mula memberi kesan kepada pembangunan pasukan bolasepak tanah air. Disini, saya melihat Liga Super mula mendapat sokongan yang padu sekali setelah kemasukan penaja baru, Astro telah menyuntik sedikit vitamin yang boleh saya katakan disini berjaya memujuk kembali para-para peminat bolasepak tanah air sekali gus memberi motivasi kepada pasukan-pasukan bolasepak di dalam Malaysia.Walaubagaimanapun, Malaysia masih berada ditahap pembangunan kerana masih lagi dibawah tahap sederhana. Mereka perlu lebih menjadi lebih cergas dan bijak dalam mengawal permainan dalam padang. Setakat ini, K.Rajagobal boleh dikatakan selaku motivator kepada pemain kebangsaan dan saya lihat Rajagobal lebih merendah diri dan berjaya membimbing pasukan kebangsaan ketahap level yang lebih tinggi.

 Selain daripada itu saya juga peminat skuad Kejor Yob Kejor, Perak. Pasukan ini pada dahulunya dianggap sebagai 'favourite' dikalangan pasukan-pasukan lain yang bersaing dalam Liga Malaysia. Boleh saya katakan disini bahawa perkembangan prestasi telah berlaku di dalam skuad Seladang setelah kemasukan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar telah berjaya menyuntik formula dalam membina semula pasukan Seladang ini. Saya juga menonton perlawanan diantara Perak dan PDRM tempoh hari dimana Perak berjaya menundukkan pasukan PDRM dengan kemenangan bergaya 4-1 di Paroi tempohari. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada pasukan Perak.

p/s: saya dulu pun kutuk Malaysia gak..hehe :)

Tuesday, 22 February 2011

Hukum Bola Sepak Mengikut Konteks Syari'e Islam

Isu: Hukum Bermain Bola Sepak Mengikut Konteks Syari'e Islam
Di dalam buku “Sepak Bola Manfaat dan Mudharatnya Menurut Syari’at Islam”
ditulis oleh Asy Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman diterjemahkan oleh Abu
Ibrahim Arman LC penerbit Darul Qolam Jakarta Cetakan Pertama Th 1424H/2003M
hal 10 -13 dijelaskan sebagai berikut :
**** Awal Nukilan****
Dibolehkannya Berlatih Bola Sepak dan Manfaat-Manfaatnya.
Latihan bola sepak termasuk hal-hal yang dibolehkan kerana kami tidak
mengetahui satu dalilpun yang mengharamkannya. Hukum asal kepada segala
sesuatunya adalah mubah atau boleh, bahkan tidak menutup kemungkinan bahwa
latihan sepak bola termasuk mustahab (disukai) jika yang berlatih adalah
orang Islam agar kuat jasmaninya dan memperoleh semangat dan vitalitas
hidup. Syari’at Islam sangat menyukai mengambil faktor-faktor yang bisa
menguatkan badan agar dapat berjihad. Telah nyata sabda Rasul shallallahu
‘alaihi wa sallam :
“Orang yang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada
orang yang beriman tapi lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan.”
( Hadits

Riwayat Muslim no. 2664)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata : “…dan dalam permainan
bola, apabila pemainnya bertujuan mengambil manfaat, yaitu agar kuat fizikal
kuda dan penunggangnya dalam erti lain lebih lincah dan kuat dalam menyerang,
lari, masuk, keluar dan sebagainya dalam medan jihad yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, maka yang demikian adalah baik. Akan tetapi jika dalam permainan tersebut mengandungi bahaya bagi kuda dan penunggangnya maka semua itu dilarang.” (Mukhtasharul Fatawa Al Mishiah hal 251 dan telah dinukil oleh Syaikh Hamud At Tuwaijiri rahimahullah dan dalam kitab Al Idlah wat Tabyin hal 197 :

Dan dari hal yang patut untuk disebutkan disini adalah bahawa (bola sepak) telah dikenali di dalam kitab-kitab para ulama kita terdahulu, dengan nama-nama yang berbagai-bagai di dalam kitab-kitab bahasa mereka seperti Al Kujjah, Al Buksah, Al Khazafah, At Tun, Al Ajurrah, Ash Shaulajan dan Al Kurrah (lihat Al Qamusul Muhith dan Lisanul Arab)).
Syaikh Muhammad Sholeh Utsaimin rahimullah lebih memperincikan lagi hukum yang
berkaitan dengan latihan sepak bola, beliau berkata : “Latihan olahraga itu
boleh, selama tidak melalaikan kewajipan. Jika sehingga melalaikan kewajipan,
maka olahraga tersebut adalah haram. Apabila seseorang mempunyai kebiasaan
menghabiskan sebagian besar waktunya di dalam olahraga, maka sesungguhnya dia
telah mensia-siakan waktu, minima keadaannya di dalam hal ini adalah makruh.
1) Adapun pemain olahraga yang hanya mengenakan seluar pendek sehingga
terlihat paha atau sebahagian besar auratnya, maka hal itu tidak boleh. Dan
yang benar adalah wajib bagi para pemuda (pemain, pentj) adalah menutup
aurat mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang terbuka
pahanya (auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul Qayyim,
Damman. Telah keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts
Alilmiah wa Ifta’ di Arab Saudi fatwa no. 2857 pada tanggal 8/3/1400H, fatwa
no. 3323 tanggal 19/12/1400H, fatwa no. 4967 tanggal 20/9/1402H, ditanda
tangani oleh Syaikh Bin Baz, syaikh Abdurrazaq ‘Afifi, Syaikh Abdullah
Ghudaiyan dan Syaikh Abdullah bin Qu’ud)
1) Makruh: sangat dibenci, hukum makruh boleh diidentitikan dengan haram, lihat
firman Allah dalam surat Al Isra’ ayat 22-38, hendaknya fatwa Asy Syaikh
Utsaimin ini dapat direnungkan dengan baik dan diambil pelajaran daripadanya,
pentj.
****Akhir Nukilan******
Sikap meniru orang-orang kafir yang didalam bahasa syar’i-nya adalah tasyabbuh. Berikut adalah penjelasan mengenai tasyabbuh yang diambil dari “Man Tasyabbaha biqaumin Fahuwa Minhum karya Dr. Nashir Abdul Karim Al Aqli penerbit Darul Wathan – Riyadh edisi bahasa Indonesia Tasyabbuh Sikap Meniru Kaum Kafir penterjemah Aboe Hawary penerbit Pustaka Mantiq Solo Cetakan 1 Agustus 1992″ hal 17
“Tasyabbuh yang dilarang dalam Al Qur’an dan As Sunnah secara syar’i adalah
menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya baik dalam
aqidah, peribadatan kebudayaan atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan
ciri khas mereka (kaum kafir, ed).
hal 30 – 32
Larangan bertasyabbuh terhadap hal yang bersifat umum ada empat perkara,
antara lain :
1. Masalah Aqidah
2. Yang berhubungan dengan hari besar atau perayaan-perayaan
3. Masalah Ibadah
4. Masalah Tradisi, akhlak dan tingkah laku
Seperti larangan mencukur jenggot, memakai mangkuk atau piring dari emas,
memakai pakaian yang merupakan syi’arnya orang kafir, bertabarruj
(menampakkan perhiasaan tubuh kepada lelaki yang bukan mahram) ikhtilat
(bergaul campur antara lawan jenis yang bukan mahram), lelaki menyerupai
perempuan dan perempuan menyerupai lelaki dan segala bentuk tradisi kafir
lainnya.
hal 34
Apakah ada perbuatan orang kafir yang dihukumi mubah ? Kami katakan bahwa
dinyatakannya mubah terhadap perbuatan orang kafir kerana perbuatan
tersebut menyangkuti masalah keduniaan dan bukan pula ciri khusus orang-orang
kafir. Disamping itu, masalah tersebut tidak pula membezakannya dari
orang-orang muslim yang shalih. Serta tidak membawa kepada kerosakan yang
besar terhadap kaum muslimin atau menguntungkan orang-orang kafir sehingga
menyebabkan diremehkannya kaum muslimin. Sebahagian perkara yang mubah
tersebut hendaklah semata-mata merupakan rekaan materi murni dan tidak
menyebabkan kaum muslimin terdorong untuk mengikuti kaum kafir sehingga
bakal membahayakan mereka. Demikian juga dengan ilmu-ilmu keduniaan
yang tidak menyangkut aqidah dan akhlak maka semua itu termasuk dalam
perkara-perkara mubah.
Selengkapnya boleh dibaca didalam kedua buku tersebut.
http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/25717

The Great Beverages in Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Isu kali ini mungkin begitu santai sahaja. Tapi kali ini saya ingin berkongsi dengan semua orang tempat terbaik untuk makan tengahari dan also hangout with friends or whatever.

Pernah dengar D'Limau Nipis?anda diluar mesti tidak tahu. Hanya orang di daerah Selangor sahaja merasai kewujudannya.Kenapa?haaa...Mesti la minuman yang terbaik. Korang tengok gambar ni dulu,

 
Tengok logo dia saja da cambest!
Perghh!!!!! ada lagi, ada lagi......
Pergh!!!kena isi minyak kereta skang la camni...memang cambest
Gila ah!!!!..cambest kot..

 Mengikut pengalaman beta sebanyak 5 kali singgah di Limau Nipis ini, ternyata ianya berkesan membuat untuk saya datang kembali sekali lagi. kalau nak pergi sila lihat rujuk alamat ini.

Restoran D'Limau Nipis
Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.

p/s: try ar wehh!

Aku Serius ni....

23 Februari 2011

Arsenal vs Stoke City
Emirates Stadium, London



Isu: Percaturan Wenger

 Memang isu kali ini paling hot dimana Arsene Wenger, Pengurus pasukan Arsenal telah melakukan kesilapan dalam percaturan kali ini melihat kegagalan persembahan dari anak buah Arsene Wenger gagal menang dalam perlawanan menentang Leyton Orient pada perlawanan Piala FA pusingan ke-5.
 Perlawanan kali ini dikatakan sebagai 'comeback' untuk Arsene Wenger untuk memulihkan formasi pasukan yang dianggap sebagai 'favourite' untuk cabaran Barclays Premier League untuk musim 2011 ini. Penjaga gol gantian, Lukasz Fabianszki masih berada dalam kecederaan dan Manuel Almunia masih berada dalam tahap 'form' yang masih lagi diragui. Alex Song Billong pula dikhuatiri berada dalam keadaan tidak baik setelah Arsenal seri 1-1 dengan Leyton Orient pada saingan Piala FA, lepas.
 Arsenal boleh dikatakan mempunyai rata-rata pemain muda yang berkaliber seperti Wilshere, Fabregas, Clichy, Koscielny dan juga Wojchiech Sczhezny. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan mengapa mereka tidak boleh beraksi dengan baik ketika saingan Liga Perdana Inggeris nanti.

Barisan 11 Kemungkinan (Pendapat Blitzkreig)

1. Wojchiech Szchezny (GK)
2. Laurent Koscielny (DC)
3. Sebastien Squillaci (DC)
4. Bacary Sagna (WBR)
5. Gael Clichy (WBL)
6. Francesc Fabregas (MC)
7. Alexandre Song (MC)
8. Jack Wilshere (MC)
9. Samir Nasri (AML) - perlu mendapatkan tahap form yang terbaik.
10. Theo Walcott (AMR)
11. Marouane Chamakh (MS) - perlu menajamkan penyudah dengan lebih baik lagi

Barisan Simpanan Kemungkinan
1. Manuel Almunia (GK-subs)
2. Emmanuel Eboue (DR,MR-subs)
3. Johann Djorou (DC-subs)
4. Denilson (MC-subs)
5. Andrei Arshavin (AML,CF,AM-subs)
6. Robin van Persie (Striker-subs)

Perlawanan lepas
28/02/2010 EPL Stoke City vs Arsenal 3/4 : 0 1 - 3
24/01/2010 FA Cup Stoke City vs Arsenal 3/4 : 0 3 - 1

Pemain Tumpuan : Arsenal




 Francesc Fabregas, 24 
- Boleh saya katakan disini Fabregas mempunyai tahap form yang terbaik setakat ini. Kebolehan menggelecek dan mengelirukan lawan dengan hantaran-hantaran cantik menjadikan kelebihan beliau dalam pasukan The Gunners.



 Pemain Tumpuan: Stoke City


Matthew Etherington, 30
- Etherington, bekas pemain West Ham United ini telah berada ditahap form yang terbaik selepas Stoke menundukkan Brighton 3-0 di saingan Piala FA, lepas.



 Formasi Kemungkinan : 4-3-2-1 (attacking)
Keputusan ramalan : Arsenal 4-2 Stoke City

Monday, 21 February 2011

Pengalaman di Langkawi pada 2001-2003 Episode 1

Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah sedikit kupasan pengalaman yang aku nak kongsi dengan korang, korang nak baca ke, xnak baca ke suka ati korang lah.

ROAD TO LANGKAWI 2000
 Masa tu, aku baru masuk tingkatan empat di Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein. Punya la teringin nak masuk Sekolah Teknik masa tu, kira bajet siapa yang masuk sekolah tu, dia la paling power sekali. hahaha..xbleh blah. Masa tu aku kelas sekali dengan Huzaimi, Saiful Adnin, Firdaus Rahman, Muhammad Azwar dan lain-lain lagi lah. Bila dah dapat result application sekolah tu...apa lagi melompat la aku..tu belum bukak dan baca semua surat. Baru dapat surat dah melalak macam orang kena sawan.hahaha sabaq ja la wan..budak-budak.
 Bila start la hari nak pergi ke Langkawi tu. Hanya aku lihat abang, Rizal Ismara dengan mak aku sahaja yang mengiringku ke Langkawi dalam proses nak hantar ke sekolah baru aku itu. Where is my father?haha...lupakan sahaja. Time tu murah beb tiket ke Langkawi, RM8 je beb untuk budak sekolah.
 Bila masa aku nak berhenti di Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein, punya lah susah sebab nak uruskan surat berhenti sekolah, nak packing barang-barang nak ke sana. Kawan-kawan aku masa tu suruh aku untuk stay kat sekolah lama saja..tapi, impian aku ni nak jadi jurutera..so i'll chose the best.

ON THE ROAD OF LANGKAWI 2001
 Pertama kali datang langkawi, jejak kaki kat Pulau Langkawi, punya jakun pelik la. Semua tempat aku nak jejak termasuklah tempat-tempat istimewa di Langkawi iaitu, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Underwater World, Kilang Kaca dan banyak lagi. Hanya 3 jam masa untuk dihabiskan untuk mengelilingi Langkawi, tempoh masa paling singkat untuk aku beriadah dan menghabiskan masa cuti aku.
 Masuk sahaja Jalan Padang Gaung, aku dah nampak masa depan aku kat situ. Wah! gembira sakan siot? Nampak lambang ni sahaja aku dah bersemangat bagai Harimau Muda.

Logo Sekolah Menengah Teknik Langkawi


Status
-Sekolah untuk pelajar tahap average (sederhana)
-Boleh dikatakan sebagai sekolah old-skool walaupun baru diperkenalkan pada 90-an
-Boleh rujuk http://www.smtekniklangkawi.edu.my/main/index.php/pibg



 First hotspot in Langkawi
Nampak serabut tapi walaweh!

 Ni nama dia Nasi Ayam Pak Ya, memang ter-top la dalam langkawi. Kedai dia macam kedai orang lain juga, biasa tapi inilah pertama kali aku rasa kicap dia manis. Terliur kan?kalau datang ke Langkawi tu datang-datanglah cari kedai ni





Langkawi Fair
 Tempat membeli-belah eksklusif pertama di Langkawi, Langkawi Fair. Tak lah beria sangat dia punya mall, cuma ada KFC, KENNY RODGERS dan Food Court dia saja yang best.







tak banyak sangat tempat yang aku singgah kerana kesuntukan masa, masa itu cuma stay kat Hotel Lagenda saja sebab antara hotel paling murah rasanya kat Langkawi ni.

GREAT 1ST DAY AT SMTPL
 Time ni baru nak daftar kat sekolah. Aku bermula dengan langkah kekok dan tidak bersemangat melangkah masuk ke dalam sekolah ini (semalam bukan main beria lagi). 1st kawan yang mak aku kenalkan masa tu tak silap aku, Ruwaidah. Anak member mak aku rupanya.. baekk gak lah.. tapi masa umur 16 tak pandai sangat bercinta, setakat kawan-kawan boleh la.
 Masuk Asrama?hahaha..time ni dah mula rasa pelik lain macam, tengok warden pula macam Jason King (maaf ya Cikgu Azizi). Dah goyang dah time tu.. Mak aku pun da pesan macam-macam dah. Dipendekkan cerita, bermulalah aku dekat SMTPL ni...

SMTPL 2001-2002
Nurul Fatiha Che Jamin


 Aku nak share dengan korang member-member sekelas yang cambest
masa tu. Antaranya :
1. Nurul Fatiha Abd Hamid@Che Jamin
-dia ni paling comel lah dalam kelas aku dan paling expendables dan tidak hot. Tapi dia ni saja la yang usaha tolong aku dari segi akademik.

p/s : Selamat bertunang ya Tiha?hehe..



Mista Fahul Wutang Clan..haha

2. Mohd Fadhullah
- Diantara rakan-rakan merapu aku kat asrama. Aku tetap categorisekan dia ni selaku pelawak menganjing terbaik.
- Dia ni jugak rakan dota aku sehingga kini walaupun tengah sambung master tapi masik jugak pelik dan menganjing.



p/s: aku triple kill nanti..haha



3. Fadliyatun Fadzin
Fadliyatun@Falia (kanan)
- Dia ni kira macam bercintan-cintun tak jadi la. Tapi, tak bercinta pun..lebih merumuskan hubungan sahabat bijak cendana.
- Dia ni juga lah yang usaha untuk motivate kan diri aku kat sana (dulu aku ni serabut hampeh)
- Dia ni juga budak katering woiii..haha
- Status: dah menikah

p/s: thanks for being my friend, friends forever.






Nasrul Hafidz@ Dato'
4. Mohd Nasrul Hafidz
- Haa..ini dia rakan info sukan aku yang terbaik setakat ini, walaupun asyik dibahan setiap hari.. Namun dialah yang menjadi pembakar semangat aku untuk meneruskan hidup di SMTPL. kelas aku dengan kelas dia sebelah-sebelah saja, tapi muafakat tu ada.
- Dia ni boleh dikatakan sebagai atlet serba boleh. Semua benda dia boleh main, termasuk lah gasing.


p/s: friends is always friends it's never been forgotten




Mat Naka
5. Mat Naka@ nama sebenarnya Muhammad (bantai..)
- Ini adalah antara Rakan Surau terbaik di SMTPL
- Sumber pendorong aku kearah jalan yang benar.
- Bersifat lembut dan pemaaf.
- Rileks dan selamba
- Imam Muda ni

p/s: ambo sajo ja info, guane pon time kasih lah :)

Itu sahajalah info yang aku boleh share setakat ini. Tunggu episod-2 pulak..hahaha

Terima kasih kerana sudi baca

Ujian Pertama Harimau Malaya

Malaysia vs Pakistan (Kelayakan Olimpik)






   VS            LIVE! in STADIUM SHAH ALAM
                    LIVE! on ASTRO ARENA
                    (23 Feb 2011, 8.45 mlm)








Ringkasan Sinopsis Perlawanan
 Ong Kim Swee, iaitu jurulatih Harimau Muda-A akan membimbing pemain-pemain Malaysia pada perlawanan kelayakan olimpik yang akan berlangsung pada 23 Feb 2011. Malaysia sama sekali membuat kejutan dengan mempertaruhkan pemain muda mereka untuk turun mengatasi pasukan ranking ke-172 di gelanggang sendiri. Hanya berberapa pemain yang telah bermain diperingkat senior seperti, Ahmad Fakhri Saarani, Muslim Ahmad, Faizal Ashaari dan lain-lain lagi

Status Harimau Muda A : Skuad 2011 (Bawah 21)
Pemain Diharapkan : Fakhri Saarani
Formasi yang akan digunakan: 4-5-1 (menyerang)

tak perlu cakap banyak la wei..jom join skali ngn ak g tengok kt Shah Alam jom! :)

Pergolakan Politik di Asia Barat

Ini bukan cerita baru yang aku nak kongsikan ni. Mungkin cerita ni dah lama, so sudi-sudikan lah membaca artikel ini. Terima kasih


Zaman Kejatuhan Hosni Mubarrak (Mesir)

Rakyat menjadi mangsa beban ekonomi
 Apa yang telah menjatuhkan Hosni Mubarak selaku pemimpin Mesir 2011 ini?jawapannya rakyat jelatalah yang menjatuhkan beliau. Rusuhan ini dikatakan bermula apabila berlakunya politik kotor di dalam kerajaan sekular Mesir ini.
 Kenaikan harga barang, minyak, prasarana dan lain-lain menyebabkan rakyat tidak tahan dengan tahap kepimpinan beliau serta Revolusi Rakyat ini memaksa beliau mengundurkan diri.
 Walaubagaimanapun, sila rujuk link ini:
 http://allafrica.com/stories/201102141108.html




Kemusnahan dari Kemarahan Rakyat
Konflik di Tunisia 2011

 Konflik yang menimbulkan kehuru-haraan rakyat dalam menggulingkan pemimpin serta tampuk kerajaan mereka. Atas sebab apa? ianya semata-mata disebabkan kegagalan pentadbiran oleh kerajaan Tunisia. Tunisia juga seperti Turki, Mesir, Iraq dan negara sekular lain dimana 'Islam' hanya dilabel sebagai agama dan tidak berkait dengan politik. (ini serius)



Kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman
Kekejaman di Israel (Tidak Pernah Sudah)



 Jika anda lihat disini, tidak pernah berubah pun keadaan di Palestin dimana Zionis Israel tetap akan meneruskan Rancangan Dajjal mereka menawan Masjid Al-Aqsa dan membina kembali Temple of Haikal. Mereka mengaburi pandangan masyarakat dunia dimana mereka membina the Dome of Rock bersebelahan dengan masjid Al-Aqsa.
 Sudah berabad Palestin menjadi mangsa kepada kekejaman Israel dan juga menjadi 'The World Largest Open-Air Prison'. Konflik ini tidak akan berkesudahan selagi tiada persefahaman di antara pemimpin-pemimpin islam yang dikaburi oleh kepimpinan sekular.


Walaubagaimanapun, ingin saya katakan disini bahawa kita sudah menghampiri Hari Kiamat (Apocalyse Days). Kita hanya perlu memilih pemimpin yang betul-betul jujur dan ikhlas dalam mentadbir negara dengan baik serta tidak fasik. Maka undilah dengan bijak.

Ini Serius Pelik Nak Mampos! :D

Pelik Tapi Benar

Isu : Fesyen rambut mempengaruhi kualiti pemain bola sepak

Assalamualaikum w.b.t, anda pelik?saya lagi lah pelik?kenapa dikatakan rambut pula menjadi pengaruh pada kualiti seseorang pemain bola itu?.

 Jadi, disini saya ingin kongsikan bersama anda maklumat dan fakta ini

Senarai Pemain Berfesyen
1. Fernando Torres (SPAIN)
Zaman kemuncak Torres 2009-2010



Pencapaian terbaik ketika Fernando Torres di Liverpool

Pemain Terbaik EURO 2010
Penjaring Terbanyak Liverpool

-Zaman Kegemilangan Fernando Torres bermula di Liverpool setelah berpindah dari Atletico Madrid pada 2008.





Zaman Kejatuhan Torres 2010-2011

Boleh dikatakan perubahan fesyen rambutnya telah mendorong kepada penurunan prestasi beliau, hanya menjaringkan 9 gol pada 25 perlawanan.

Ini bermakna memang pelik!







2. Manuel Almunia (SPAIN)
Zaman rambut kuning 2009-2011

Manuel Almunia dikatakan berada dikemuncak prestasi ketika di Arsenal.
- Menjadi penyelamat gawang ketika Arsenal bertemu Barcelona di Emirates pada pertemuan Liga Juara-Juara 2010
- Menjadi penjaga gol no.1 di Arsenal selepas Jens Lehmann.
- Pernah menarik minat Fabio Capello untuk mewakili England.






Zaman rambut standard 2010-2011
2011 adalah zaman kejatuhan Manuel Almunia. Ini dilihat dari persembahan kurang memberangsangkan ketika Arsenal bertemu West Bromwich Albion di Emirates setelah tewas 2-3 dalam perlawanan liga.

Beliau juga telah menerima kecederaan sehingga Wenger terpaksa memilih Wojchiech Sczechny sebagai penjaga gol pertama.




Itu dari Rambut Kuning (o.k) kepada rambut hitam (TERUK!).. LOL!
Kita menyusul pula Rambut Hitam (teruk) kepada Rambut Kuning (O.K!)

Senarai player rambut cambest.

1. Amirul Hadi Zainal (MALAYSIA)
Boleh la zaman ni 2011
- Saya menyakini bahawa Amirul Hadi adalah pemain yang
terbaik di Malaysia setakat ini
- Beliau menunjukkan prestasi yang memberangsangkan
bersama skuad Malaysia dan Selangor.
- Beliau merupakan pemain sayap kanan yang terbaik.








2. Alexandre Song Billong (CAMEROON)

Sekali macam Cisse daa?
- Sebelum ini, tidak siapa pun kenal akan Alex Song, iaitu pemain tengah Arsenal dan merupakan pemain muda yang telah dipilih oleh Christian Karembeu (Scout-Arsenal).
- Sebelum ini prestasi pemain ini tidak memberangsangkan pada 2009-2010.

- Selepas mengubah fesyen rambut(agaknya). Ternyata, Alex Song menyerlah dalam banyak perlawanan liga dan piala kejuaraan serta beraksi dengan baik ketika Arsenal menentang Barcelona di Emirates, London.
- Berjaya menjaringkan 2 gol sepanjang perlawanan liga inggeris.




 Walaubagaimanapun masih ramai lagi pemain-pemain yang mengubah fesyen rambut mereka dan mereka turun dan naik ketika itu. Contohnya Djibrill Cisse, El-Hadji Diouf, Dimitar Berbatov, David Beckham dan ramai lagi. Para skeptis mungkin akan tidak bersetuju dengan saya, tetapi ini hanyalah cuma andaian saya dan cuma berasa agak pelik. Telah lama saya memikirkan hal ini. Tapi biarlah saya berkongsi dengan anda semua.

Tidak Mengapa Kan?

Ini Serius!!

Ini Serius WTF!!

Arsenal 2-1 Barcelona (Champions League)

Isu : Adakah barisan Arsenal 2010-2011 yang paling terbaik?

Jawapan saya : Ya, inilah barisan terbaik sepanjang saya mengikuti Arsenal sejak dari 1999.

Rekod pertemuan antara Barcelona dan Arsenal yang hanya mencatat seri dan kalah sahaja. Tapi, kali ini Arsenal tampak lebih bersemangat.

Kupasan Ringkas Perlawanan
 Saya mengikuti perlawanan Arsenal dan Barcelona yang dilangsungkan di Emirates Stadium, London (saya cuma menonton siaran langsung dirumah sahaja). Tampak Arsenal dapat menyerap tekanan Barcelona yang kaya dengan penyerang terbaik seperti David Villa, Lionel Messi, Pedro, Andres Iniesta dan Xavi Hernandes.
Saya hanya dapat melopong melihat gol yang dihasilkan oleh David Villa (Barcelona) pada babak pertama dan saya sangkakan harapan Arsenal akan musnah ketika itu.
 Namun pada babak ke-2 bersambung, Robin Van Persie dan Arshavin telah menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Barcelona, Victor Valdes. Harapan dan sinar buat Jack Wilshere, pemain muda yang dipertaruhkan oleh Wenger tampak menunjukkan prestasi yang bagus setelah beraksi di peringkat antarabangsa dengan mewakili England. Ia juga satu perkembangan yang baik bagi pemain muda ini kerana ia telah didedahkan dengan permainan berkelas dunia pada tahap umur belasan tahun.

p/s: bagi saya, Arsenal musim ini adalah lebih terbaik.

Leyton Orient vs Arsenal

Leyton Orient (1) - (1) Arsenal (FA CUP 5th Round)

Isu : Percaturan Wenger

Pada malam semalam, saya menyaksikan perlawanan di antara Arsenal dan Leyton Orient. Walaupun Arsenal melancarkan serangan habis-habisan. Namun tiada penyudah yang baik dari Niklas Bentdner, Arshavin dan juga Chamakh mencacatkan peluang Arsenal dalam misi 'menggenap'kan 4 piala yang akan dipertandingkan pada musim ini.


Separuh Masa Pertama:

Arsenal menggunakan formasi 4-2-3-1 (attacking) dimana tugas Niklas Bentdner sebagai main Sayap Kiri,
Andrei Arshavin selaku Penyerang Tengah dan Marouane Chamakh selaku Striker tengah.

Secara Keseluruhan, saya amat tidak berpuas ati dengan formasi yang ditetapkan oleh Arsene Wenger, Di mana dia boleh meletakkan Andrei Arshavin dibahagian Sayap Kiri. Manakala 2 Striker iatiu Chamakh dan Niklas Bentdner boleh diletakkan pada barisan hadapan.

Maka, keputusan saya Formasi 4-4-2 adalah yang terbaik pada malam ini.

Separuh Masa Kedua:

Boleh saya katakan, di antara peluang dan ketumpulan penyudah.. Kenapa?

1. Tiada sebarang pertukaran pemain pada babak masa kedua.
2. Pemain tengah Alex Song berada dalam keadaan yang cedera.
3. Bentdner dan Chamakh bukan ditahap form yang terbaik.

Rumusan untuk permainan pada malam ini : Membosankan

Cadangan : Untuk bermain dengan kelab yang tahapnya lebih rendah di England, ia memerlukan 'pshysical fitness yang tinggi' dan tahap kelajuan permainan (tempo).Arsenal bermain sambil lewa di tempat lawan.

Para Pengikut

ShareThis